Tiga paket RM 500! Netizen terkejut harga snek mencekik darah!

APABILA tiba bulan Ramadan, ramai umat Islam di seluruh dunia merebut peluang mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

Selain itu, dengan kehadiran bulan mulia ini juga ia adalah sesuatu hal yang istimewa bagi seorang Muslim kerana mereka akan mendapat keberkatan berlipat kali ganda dengan membuat pelbagai amalan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan juga ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan atas amal kebajikan yang dilakukan oleh umat Islam.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Wan Azril telah memuat naik beberapa keping poster iklan yang menunjukkan pemasaran berkonsepkan ‘beli sambil beramal’.

Apa yang menariknya, postingan pemuda itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen kerana harga yang dipaparkan pada setiap produk makanan tersebut serta claim penjual di mana setiap makanan dijual telah disertai dengan doa dan zikir.

Untuk pengetahuan, sebalang rempeyek berharga RM100, selain tiga bungkus serunding dan sambal hitam mencecah sehingga RM500!

Walaupun menggunakan kaedah ‘beli sambil beramal’, ramai menyifatkan harga setiap produk yang dijual sebagai tidak masuk akal dan berasa ragu-ragu tentang tindakan penjual berkenaan.