“Awak jomlah ke rumah sewa saya..” – Tergoda dengan rayuan janda muda ajak main di rumah sewa, siapa sangka janda muda itu sebenarnya…

BUKAN mudah buat seorang remaja lelaki untuk menolak pelawaan seorang janda muda berusia 17 tahun, yang dipercayai mengajaknya untuk membuat hubungan seks di rumah sewanya.

Tanpa remaja lelaki itu sedar, ajakan itu sebenarnya adalah perangkap yang bakal meragut nyawanya, lapor portal The Reporter.

Memetik laporan asal portal Tribun News, remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemui mati dengan banyak kesan tikaman ditemui di badannya selepas diperdaya oleh janda muda itu dalam kejadian yang berlaku di Medan, Sumatera Barat, Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan, mangsa berkenalan dengan janda muda itu melalui laman Facebook. Setelah berkenalan, janda yang hanya dikenali sebagai YF itu mengajak mangsa, RF, untuk berjumpa buat pertama kalinya pada 2 November lepas.

Setelah berjumpa, YF kemudian mengajak RF pergi ke rumah sewanya dan RF pun menerima ajakan tersebut. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan rakan kepada janda itu, YP, yang kemudian mahu menumpang ke destinasi yang sama. Akhirnya, mereka bertiga membonceng motosikal yang sama dengan si janda berada di tengah-tengah.

MANGSA yang dikenali sebagai RF.

Sebaik saja tiba di rumah sewa, mangsa diserang bertubi-tubi dan ditikam dan lehernya dikelar dengan pisau oleh YP. Meskipun cedera, mangsa masih dapat melawan sehingga datangnya seorang lagi rakan suspek, AR, yang menaiki kenderaan lain keluar dan terus membantu suspek kedua menikam mangsa menggunakan pemutar skru berkali-kali.

Setelah mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, ketiga-tiga suspek melarikan barang-barang milik mangsa seperti motosikal CBR 150 dan telefon bimbit jenama Xiaomi Note 4X.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan suspek di sebuah hotel di Daerah Asahan, berdasarkan penemuan pemutar skru yang digunakan dalam kejadian itu, memberi petunjuk kepada pihak polis.

Ketua Polis Medan, Riko Sunarko berkata, “Kita telah menyelesaikan kes pembunuhan ini berdasarkan petunjuk dari pemutar skru ini. Pemutar skru ini milik salah sebuah bengkel dan pemiliknya mengenali pemutar skru ini adalah miliknya,” katanya.

Menurut pemilik bengkel, dia sebelum itu ada ternampak suspek mengambil pemutar skrunya.

“Pada waktu petang semasa saksi sedang bekerja, dia ternampak tiga suspek duduk di depan bengkelnya. Setelah ketiga-tiga suspek beredar, dia mendapati pemutar skrunya hilang,” kata Riko Sunarko.

KETIGA-TIGA suspek termasuk janda muda terbabit (kanan) berjaya dicekup polis Indonesia.

Polis juga percaya, ketiga-tiga suspek menggunakan modus operandi memperdayakan lelaki muda di media sosial sebelum dibawa berjumpa dan seterusnya dibawa ke lokasi untuk dicederakan sebelum menyamun barang-barang berharga milik mangsa.

Sementara itu, pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati, terdapat 42 kesan luka tikaman yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek lelaki menyebabkan mangsa mati akibat kecederaan parah dan pendarahan teruk.

Ketiga-tiga suspek termasuk dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 15 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: The Reporter

Most Popular

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...