Home Viral Terkesima ‘ditangkap basah’ dengan pondan ketika ambang Tahun Baharu – “Saya tak...

Terkesima ‘ditangkap basah’ dengan pondan ketika ambang Tahun Baharu – “Saya tak tahu Wawa sebenarnya lelaki…”

BIARPUN sudah lima hari memasuki Tahun Baharu 2021, seorang lelaki pastinya masih tidak mampu tidur lena memikirkan nasib malang dirinya apabila ‘ditangkap basah’ bersama seorang pondan ketika berdua-dua dalam kenderaan di Pantai Pasir Putih, Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Dalam Op Tahun Baharu bermula kira-kira 10.30 malam itu, pasangan terbabit yang ditangkap Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan dilaporkan berusia dalam lingkungan 20 tahun, lapor Harian Metro.

Lelaki yang enggan dikenali dan masih menganggur itu mengakui dia baru mengenali ‘wanita’ dengan nama Wawa berkenaan melalui aplikasi Michat.

Kemudian mereka berjanji temu sempena meraikan ambang Tahun Baharu 2021.

“Saya baru mengenali dia pada semalam melalui aplikasi Michat. Dia menggunakan nama Wawa dan gambarnya juga seorang wanita.

“Sebelum kehadiran polis, kami sebenarnya baru berjumpa dan ketika awal bercerita saya ada mengesyaki dan bertanya sama ada dia wanita sebenar atau bukan.

“Dia memberitahu dia adalah wanita sebenar dan saya mempercayainya. Tapi apabila sudah ditangkap dan berada di balai polis barulah saya menyedari identiti sebenarnya adalah lelaki,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sementara itu, Pegawai Tadbir JHEAINS Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, sebaik cuba diperiksa, pemuda dan pasangannya cuba melarikan diri.

“Namun, mereka berjaya ditahan semula di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi.

“Hasil siasatan awal, pemuda itu tidak mengetahui pasangannya adalah seorang pondan,” katanya.

Romzi berkata, dalam pada itu, pihaknya turut menahan empat orang lagi lelaki berperwatakan wanita di sebuah hotel bajet.

“Tiga daripadanya dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan disyaki ‘jual diri’ melalui aplikasi Wechat dengan bayaran RM200.

“Keseluruhan tangkapan seramai 16 orang termasuk tiga pasangan lelaki dan wanita tanpa hubungan sah dalam bilik hotel bajet,” katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Sandakan dengan menggunakan van jenazah.

Lokasi serbuan iaitu di Pantai Pasir Putih, Jalan Coastal, Harbour Square Sandakan dan hotel bajet di kawasan Batu Empat.

Ia membabitkan lebih 40 penguat kuasa JHEAINS Sandakan bersama anggota Balai Polis Sandakan.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version