Home Viral Terharu abang “polis” beli nasi ayam

Terharu abang “polis” beli nasi ayam

Ketika banyak kisah negetif dinaikkan dengan niat untuk memburukkan nama pihak polis ternyata apa yang dikongsi pemandu lori ini membuka cerita berbeza.

Bagi pemandu lori seperti dirinya mungkin berada di bahu jalan akibat lori rosak bukan sesuatu yang baru sementara untuk menunggu bantuan.

Namun apa yang cukup mengejutkan dirinya apabila kehadiran seorang polis yang tidak sekadar bertanya keadaan dirinya yang berada dalam lori tersebut selain turut risau jika dia belum menikmati sebarang hidangan.

Datang membawa makanan, pemandu lori ini cukup terharu dengan sikap yang ditunjukkan polis tersebut. Selain berterima kasih dia turut berkongsi kisah ini di laman sosial dalam mengenang budi anggota terbabit.

-perkongsian yang dimuat naik.

Terharu dengan abam polis ni. Mula-mula berhenti tanya apa masalah. Kita habaq lori breakdown. Siap tanya, dah makan ka dak lagi?

Lepas tu Ingatkan pasaipa pulak abg polis tu mai kali kedua. Rupanya dia tolong belikan nasi dan ayaq minum ais. Hatimu terlalu suci abang polis. Terima kasih abang polis!

Exit mobile version