Takiyuddin nak ‘resign’ ?

TERDAPAT desas desus mengatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menawarkan diri untuk letak jawatan.

Memetik laporan Suara Tv, sumber dalaman PAS memberitahu perkara itu telah disampaikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun hasrat itu katanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan Istana Negara hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu sedangkan baginda belum lagi memperkenankan pembatalan Ordinan Darurat.

Sidang parlimen hari ini ditangguh beberapa kali sebelum berlangsung semula pada sebelah petang.

Ketika ini, tumpuan pengamal media adalah di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini selepas beberapa pergerakan kenderaan rasmi dilihat keluar masuk dari kawasan kediaman tersebut.