Tak perasan tertinggal mak di R&R, anak terpaksa patah balik

MUNGKIN kejadian ditinggalkan tanpa sengaja dimana-mana kelihatan seperti insiden dan jarang sekali berlaku.

Sudah pasti individu yang mengalaminya itu sendiri akan berdepan situasi panik dan cemas apabila secara tidak sengaja ditinggalkan.

Namun situasi itu yang berlaku terhadap seorang wanita dan juga ibu kepada anaknya yang tertinggal di kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) di sekitar Tangkak.

Kejadian tular menerusi aplikasi Tik Tok itu, Roy bersama ayah dan adiknya yang telah mula meneruskan perjalanan bagaimanapun terpaksa berpatah balik sebaik sahaja menyedari ketiadaan ibunya di dalam kenderaan.

Menurut Roy, pada awalnya menyangka ibunya sedang tidur di dalam kenderaan kerana tidak perasaan wanita itu keluar dari kenderaan.

Tanpa berfikir panjang selain perjalanan yang masih dekat, lelaki itu segera patah balik menuju ke R&R tersebut untuk mendapatkan kembali ibunya.

Menerusi video tersebut, ibunya kelihatan menunggu di ruang gazebo selain jelas menunjukkan riak wajah ibunya yang cemas ditinggalkan.

Bagaimanapun situasi itu menghiburkan netizen malah ada yang turut berkongsi pengalaman sama berdepan dengan situasi seumpama itu.

Video tular itu meraih lebih 200 ribu tontonan dan mendapat 23 ribu ‘Likes’ di platform media sosial tersebut.