Home Viral Tak masuk akal jual rumah dengan harga RM300, rupanya terletak sebelah kubur!

Tak masuk akal jual rumah dengan harga RM300, rupanya terletak sebelah kubur!

SEORANG wanita menjadi perhatian di laman sosial TikTok apabila mendedahkan niat mahu menjual rumahnya dengan harga tidak masuk akal iaitu 1 juta rupiah bersamaan RM292.10 kerana terpaksa berjiran dengan tapak perkuburan,.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok @bro_tempe itu menunjukkan rumah berwarna berwarna hijau dan biru itu mahu dijual dengan harga yang tidak munasabah, lapor Kosmo.

“Rumah untuk dijual, murah!” tulis keterangan video tersebut. 

Dalam video itu, seorang lelaki mendekati seorang wanita yang sedang menyapu sampah untuk bertanyakan kebenaran tentang harga rumah yang dijual.

Wanita itu mengiyakannya dan berkata ia dijual dengan harga yang dipamerkan. Pemilik akaun itu terkejut dan bertanya sebab ia dijual pada harga yang ‘tidak masuk akal’.

“Saya cuma tidak selesa dengan jiran tetangga,” jelas wanita terbabit.

Pemilik akaun itu kemudian terkejut kerana jiran yang dimaksudkan adalah kawasan perkuburan sebelum berlalu pergi.

Bagaimanapun video terbabit dianggap sekadar jenaka oleh netizen.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version