Tahun keempat 30 Hari 30 Resepi! Khairul Aming buat comeback!

SELEBRITI media sosial, Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai @khairulaming kembali membuat pengikutnya teruja dengan kemunculan ’30 Hari 30 Resepi’ buat tahun keempat.

kemeriahan suasana video teaser ’30 Hari 30 Resepi’ @khairulaming

Untuk pengetahuan, ’30 Hari 30 Resepi’ adalah idea kreatif @khairulaming sejak tahun 2018 dan ia sememangnya program istimewa yang dikongsi pada setiap bulan Ramadan.

@khairulaming

Bukan setakat itu sahaja, video berdurasi 54 saat itu juga amat menarik sehingga mendapat pelbagai reaksi ramai pihak termasuk selebriti terkenal seperti Anuar Zain.

Ada juga yang memberi komen bahawa video itu persis trailer movie kerana ia menunjukkan suasana meriah dengan bunga api.

Jadi, mesti ramai yang tak sabar menanti video @khairulaming bukan? Lebih lagi, bagi mereka yang sudah kehabisan idea untuk memikirkan hidangan apa untuk disajikan sebagai juadah berbuka.