Home Berita Semasa Stadium tertutup tempatkan pesakit COVID-19 adalah palsu!

Stadium tertutup tempatkan pesakit COVID-19 adalah palsu!

POLIS Selangor menafikan dakwaan berhubung Stadium tertutup Shah Alam yang dikatakan kini menempatkan pesakit COVID-19 susulan kesesakan di Hospital Sungai Buloh.

Dakwaan tersebut tular di media sosial menerusi video yang berdurasi 32 saat yang menyaksikan sekumpulan orang ramai ditempatkan di stadium tertutup berkenaan.

Polis Selangor menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan perkara tersebut merupakan berita palsu dan tidak benar sama sekali.

Kenyataan yang dikeluarkan Polis Selangor di laman facebook.

“Polis Selangor menafikan video yang tular itu tidak benar sama sekali dan orang ramai diminta bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan tersebut.

Menerusi kenyataan itu juga, pihak polis meminta agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang bentuk berita palsu yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2020/12/WhatsApp-Video-2020-12-25-at-11.48.51-PM.mp4
Video tular yang didakwa di Stadium Tertutup Shah Alam.
Exit mobile version