“Saya ditampar oleh abang kurier” – Perkongsian lelaki ini undang hiba netizen

PERKONGSIAN seorang pengguna laman Facebook yang menyatakan dia ‘ditampar’ seorang penghantar kurier mengundang rasa hiba di hati pengguna laman tersebut.

Semuanya bermula apabila individu bernama Wazirudin Zainuddin berkongsi kisahnya yang tersentak apabila diaju satu soalan semasa penghantar kurier tersebut tiba di kediamannya.

Last week hari yang agak penat, menghadap komputer siang malam. Ada kertas kerja kene siapkan, mengeluh laa aku. Padahal sebelum ni tak banyak kerja tak pulak bersyukur.

“Tiba-tiba ada bunyi hon motor, rupanya ada abang kurier datang. Selepas menyerahkan barang yang dihantar, penghantar kurier bertanya tentang keadaan jiran saya sambil menunjukkan rumah tersebut. Lalu saya bertanya apa niatnya? Rupanya dah berminggu dia perhatikan satu mainan di rumah jiran yang dilihat terbiar begitu sahaja. Niatnya nak minta pada tuan rumah jika mainan tersebut tidak lagi digunakan.

Mainan yang terbiar di rumah jiran Wazirudin.

Wazirudin juga mejelaskan dia lantas mengambil nombor telefon penghantar kurier tersebut dan akan menghubunginya jika jirannya berbesar hati untuk memberikan mainan tersebut.

Lebih menyentuh, Waziruddin berkata mainan tersebut sebenarnya ingin ingin dihadiakan penghantar kurier tersebut kepada anakknya.

“Nanti saya cuba tanyakan jiran kalau dah tak mahu mainan tersbut, bagi saya nombor telefon untuk saya hubungi kembali. Namun jawapan yang diberikan abang kurier bahawa dia ingin berikan mainan terpakai tersebut kepada anak kecilnya benar-benar buat saya ‘tewas’.

Checkmate! Mendengar sahaja ‘nak berikan kepada anak’, jantung saya terus rasa macam terhenti seketika. Dada terasa sempit, senak ibarat ditumbuk! Terus saya masuk rumah selepas panghantar kurier tersebut beredar dan berbincang dengan isteri. Nekad saya ambil kunci kereta dah terus keluar.

Jelas pemuda ini, dia menghubungi kembali penghantar kurier tersebut selepas sejam itu.

Malah mereka berjanji untuk bertemu di satu lokasi.

Mainan yang dihadiahkan Wazirudin.

“Saya hubungi kembali abang kurier tersebut selepas sejam dan ajak dia berjumpa di satu lokasi yang dipersetujui. Dalam keadaan hujan renyai saya bergegas ke lokasi tersebut dan terus menjelaskan sudah dapatkan mainan yang diinginkannya.

“Tapi wajah abang kurier tersebut berubah segera apabila dapat tahu mainan yang saya serahkan bukannya mainan terpakai milik jiran, namun unit baru yang saya beli semasa keluar sebentar tadi.

“Dengar sahaja saya sebut perkataan ‘hadiah untuk anak’, abang kurier tersebut terus tekup muka di belakang van milik syarikat penghantarannya. Dia tak berkata apa selama seminit. Cuma tiga perkataan sayup keluar dari mulutnya iaitu Allahuakbar… Allahuakbar…. Alhamdulillah….

“Dia menangis sambil cuba tolak pemberian saya, malu katanya. Namun saya sedaya upaya jelaskan ia bukannya sedekah namun sekadar hadiah untuk anaknya.

SAYA DITAMPAR OLEH SEORANG ABANG COURIER 😥 WAKE UP CALL FOR ME…

Panjang cerita ni, jarang laaa saya menulis panjang,…

Posted by Wazirudin Zainuddin on Tuesday, November 10, 2020

Jelas Wazirudin lagi, dia berbuat demikian kerana terkenang akan usaha ibu bapanya membesarkan dia sewaktu kecil dahulu.

Malah dia bersyurkur dek kerana ‘tamparan’ penghantar kurier tersebut, dia sedar akan kesusahan yang dialami individu lain dalam menjalani kehidupan.

Penghantar kurier akhirnya bersetuju menerima hadiah tersebut.

“Bukan sedekah tapi hadiah untuk anak abang, saya bukan anak yang baik bang… Dengan mak ayah sendiri terkadang ada kurang lebihnya. Bila tengok abang, teringat susahnya mak dan ayah sewaktu membesarkan saya.

“Dah besar, dah kerja… Saya jadi lupa. Saya ingat saya dah susah, tapi saya lupa ada yang lebih memerlukan daripada saya.

“Abang ambil je, kalau tak ambil… Apa saya nak jawab dengan Allah, saya ada duit tapi tak banyak. Namun cukup untuk beli mainan anak.

“Alhamdulillah dia terima, semoga Allah membahagiakan kita semua.

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 3 ribu perkongsian dan lebih 5 ribu tanda suka.