Polis tahan ‘auntie’ OKU cuba ‘sabit’ orang awam

POLIS menahan seorang wanita warga emas berusia 66 tahun berikutan insiden tular menghalang laluan di Blok A3 Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras.

Wanita warga emas yang mendakwa dirinya sebagai orang kelainan upaya (OKU) itu dikatakan cuba memukul mangsa dengan sabit apabila ditegur akan perbuatannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, wanita berkenaan memandu dalam lorong sehala membuatkan kenderaan lain terganggu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Kejadian tular berdurasi 1 minit 46 saat itu tular di Facebook menyaksikan cubaan beberapa kali suspek untuk menyerang mangsa.