Polis buru suspek kes gaduh berkumpulan

POLIS sedang giat memburu kesemua suspek terlibat dalam kes pergaduhan berkumpulan di kawasan parkir kereta di kawasan rumah pangsa DBKL, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, insiden tersebut berlaku pada 22 Ogos lalu sekitar jam 7 pagi.

“Suspek merupakan enam lelaki bersenjatakan padlock, topi keledar dan pisau telah memukul dua mangsa lelaki di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rakaman pergaduhan yang tular di laman sosial.

Video tular berkenaan dipercayai dirakam penduduk setempat sebelum ia tular di media sosial.

Setakat ini polis sedang giat memburu suspek yang masih bebas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.