Home Viral Polis buru suspek gaduh guna parang, besi

Polis buru suspek gaduh guna parang, besi

POLIS sedang mengesan beberapa suspek yang dikatakan terlibat dengan satu pergaduhan tular di Balakong semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, setakat ini polis masih menyiasat motif pergaduhan tersebut.

“Video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan besi sedang bergaduh.

“Kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan Flat Sri Timah, Balakong,” katanya dalam satu kenyataan.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/08/video-gaduh-parang-besi.mp4
Video pergaduhan yang tular.

Mengulas lanjut, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 148 dan 269 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.

Video tular berdurasi 1 minit 32 saat itu dikatakan berlaku pada jam 9 malam yang turut menunjukkan suspek bertindak merosakkan kenderaan.

Kelihatan beberapa individu bersama kenderaan lain dilihat meninggalkan lokasi kejadian selepas tercetusnya pergaduhan.

Exit mobile version