Home Viral ‘Plot twist’ video wanita kantoi buang sampah dalam sungai – “Bukan buang...

‘Plot twist’ video wanita kantoi buang sampah dalam sungai – “Bukan buang sampah tapi buang saka?”

BARU-BARU ini tersebar satu video pendek tentang tindakan seorang wanita yang membuang sampah ke dalam sungai dan ternyata tindakannya itu mengundang kecaman netizen, lapor portal Gulapop.com.

Pertama sekali, perbuatan membuang sampah itu bukan pada tempatnya adalah sesuatu yang salah dan menyusahkan orang lain.

Dalam isu ini, alam sendiri yang terpaksa menanggung sampah yang dibuang.

Ternyata perbuatan tersebut mengundang ribuan komen yang tidak puas hati dengan tindakan wanita berkenaan. Malah negeri Kelantan turut dipersalahkan gara-gara nombor plat berkenaan yang tersebar. Tetapi…

Ada plot twist yang menarik dari perkongsian sebuah group di Facebook, yang mendakwa bahawa apa yang dibuang mereka itu adalah saka.

PENDEDAHAN mengenai apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden berkenaan. – Gambar kredit: Gulapop.com

Begitulah kisah yang terjadi di Malaysia yang menarik pada hari ini. Walau apa pun situasi, semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita dan tolonglah jangan jadikan perkara sebegini satu kebiasaan.

Sumber: Gulapop.com

Exit mobile version