Terpengaruh dengan hasutan syaitan, lelaki tergamak perkosa tunang beberapa bulan sebelum berkahwin

ENTAH apa yang merasuk fikiran seorang pemuda bernama Muhammad Wahyu Arya Pratama yang berusia 21 tahun ini.

Tinggal beberapa bulan lagi untuk bernikah, dia nekad dan tergamak memperkosa tunangnya sendiri di sebuah rumah kosong. Lebih teruk, Wahyu melakukan serangan seksual itu menggunakan kekerasan, lapor portal The Reporter.

Memetik laporan asal portal Berita Bersatu, Ketua Polis Daerah Musi Rawas, Efrannedy dilaporkan berkata, suspek telahpun ditahan pada penghujung bulan lepas selepas bakal mentuanya melaporkan perbuatan keji itu kepada pihak berkuasa Indonesia.

Dalam keterangannya kepada polis, suspek mengaku telah merogol mangsa atau tunangnya pada 14 Oktober lepas. Sebelum kejadian, Wahyu telah datang ke rumah dan meminta izin dari ibu bapa mangsa untuk membawanya keluar berjalan-jalan. Setelah diberi keizinan, suspek membawa mangsa berjalan-jalan dan membeli soto.

Menurut bapa mangsa, Akbar, suspek diberi keizinan disebabkan lelaki itu dengan anaknya sudah lama bertunang dan akan berkahwin beberapa bulan lagi.

“Kami beri keizinan kerana suspek itu tunangnya. Tapi tak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu,” kata Akbar kepada media Indonesia.

SUSPEK berjaya ditahan polis Indonesia selepas disyaki memperkosa tunangnya sendiri.

Di pertengahan jalan, suspek memberhentikan kenderaannya dan mengajak mangsa masuk ke sebuah rumah kosong. Mangsa menolak dan tindakannya itu membuatkan suspek berang lalu memaksa dan menarik tangannya.

Suspek mengangkat badan mangsa dan menghempasnya ke lantai dalam rumah kosong itu sebelum menekup mulut dan memulas tangannya sehingga mangsa tidak berdaya melawan.

Enggan mengalah, mangsa cuba melawan dan melarikan diri, tetapi pakaian dan rambutnya sempat ditarik oleh suspek sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. Ketika itulah Wahyu mula melakukan perbuatan keji tersebut terhadap tunangnya.

Selesai melampiaskan nafsu, Wahyu kemudiannya menghantar mangsa pulang. Setibanya di rumah, mangsa terus menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya, lalu segera pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis.

Wahyu mengakui perbuatannya akibat terpengaruh dengan nafsu syaitan. Dia kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan hukuman penjara maksimum 12 tahun.

Sumber: The Reporter

Most Popular

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...