Nama je Jepun tapi sebenarnya orang Melayu: “Ayah tak ada idea” – Afiq Rhuichi Yoshiyuki

SEKALI pandang tangkap layar kad pengenalan seorang pemuda yang viral di media sosial, pasti individu tersebut disangka berdarah kacukan Melayu-Jepun.

Menerusi tangkap layar kad pengenalan itu tertera nama Afiq Rhuichi Yoshiyuki Bin Abdul Aziz yang merupakan seorang warganegara Malaysia dan beragama Islam.

Empunya diri yang mesra disapa Afiq menjelaskan dia sebenarnya tidak berdarah kacukan Jepun.

“Tidak… saya tak ada mix Jepun pun. Parents saya pure Melayu. Ramai ingat saya ada berdarah kacukan disebabkan nama saya,” katanya kepada mStar.

PENDEDAHAN Afiq Rhuichi Yoshiyuki tentang nama sebenarnya yang unik tiba-tiba viral di Twitter. – Gambar kredit: mStar

Menurut anak kedua tiga beradik itu, nama tersebut diberikan rakan kepada bapanya yang tinggal di negara matahari terbit itu.

“Sebenarnya parents saya tak gemar kartun anime pun. Tapi masa nak letak nama saya tu ayah tak ada idea.

“Jadi dia minta pendapat kawan dia yang tinggal kat Jepun. Lepas tu dia cadangkanlah nama tu. Ibulah yang cerita macam tu,” katanya.

Pemuda berusia 20 tahun itu mendedahkan namanya itu turut mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Jepun.

“Saya lahir tahun naga. Jadi maksud nama saya tu Rhuichi Yoshiyuki tu naga yang gagah perkasa.

“Kiranya Afiq – naga yang gagah perkasa. Nama saya tu memang ada maksud dalam bahasa Jepun,” katanya.

AFIQ (tengah berkaca mata) bersama rakan seuniversiti. – Gambar kredit: mStar

Dedah Afiq lagi, adik bongsunya turut diberikan nama Jepun oleh kedua ibu bapanya.

“Nama adik bongsu saya Ayuni Erika Onnayuki. Maksud nama adik saya ibu kata Ayuni tu puteri salju.

“Nama adik saya pun kawan ayah yang sama bagi. Lagipun parents memang minat nama Jepun sebab unik dan ada maksud yang bagus,” katanya.

Tambah Afiq, hanya kakak sulungnya diberikan nama Melayu.

“Dalam kami tiga beradik, hanya kakak saya je nama Melayu. Kakak saya nama Anis Natasha Elia.

“Memang berbeza sangat dengan nama kami berdua yang diselitkan dengan nama Jepun,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang sekeliling mengenai namanya itu, Afiq mengakui dia kerap kali diejek semasa di bangku sekolah.

“Selalu jugalah kena ejek masa sekolah rendah dan menengah. Macam-macamlah nama diaorang sebut sampaikan saya terdiam jugalah.

“Tapi paling saya sedih bila orang cakap nama tak ikut Islam. Bila ada yang kecam tu saya just ignore saja. Bagi saya nama Afiq dah Islam cuma belakang tu je dalam bahasa Jepun,” katanya.

Tangkap layar kad pengenalan Afiq tular di Twitter apabila dia berkongsi perkara itu di platform media sosial tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat 9,000 tanda suka dan 4,900 ulang kicau.

Rata-rata netizen memberi respons mencuit hati terhadap perkongsiannya itu.

“Aduh nama bapa bukan main Melayu, sekali nama anak, macam adik-beradik Sasuke,” tulis Arif.

“Nasib baiklah lafaz nikah sebut nama perempuan,” kata Esya.

Sumber: mStar

Most Popular

Belum ‘setel’ disiasat kes rogol kenalan, pendakwah selebriti didakwa paksa seorang lagi wanita buat seks oral

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...