AHLI keluarga pemilik dua makam yang menjadi tular setelah menamakan dengan karakter animasi terkenal Upin & Ipin akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar.
Individu yang dikenali sebagai Limiyadin, ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.
Dua kanak-kanak itu bukanlah kembar seperti yang dilaporkan sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri.
“Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.
“Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia,” jelas Limiyadin.
Beberapa hari lalu, media sosial Malaysia dan Indonesia kecoh dengan sebuah video yang memaparkan penemuan dua makam kecil yang bertanda nama Upin Ipin.
Makam tersebut dikatakan terletak di Palu, Sulawesi Tengah.
Sumber: Kosmo