Home Viral Pasangan bercerai beberapa saat selepas akad nikah akhirnya kembali rujuk

Pasangan bercerai beberapa saat selepas akad nikah akhirnya kembali rujuk

BEBERAPA hari lalu kecoh apabila tular video seorang pengantin lelaki yang menceraikan isterinya hanya beberapa saat selepas mereka dinikahkan.

Namun menerusi laporan Kosmo, pasangan tersebut dikatakan sudah kembali rujuk.

Menurut Ketua Majlis Agama Empang, Abdul Wahid, selepas video tersebut tular, keluarga pengantin lelaki memohon maaf kepada pengantin perempuan dan mereka sudah saling bermaafan.

“Benar, kedua-dua mempelai sudah rujuk semula. Apa yang berlaku pada majlis pernikahan baru-baru ini hanya salah faham.

“Pasangan pengantin sudah berdamai dan sepakat untuk rujuk semula selepas pejabat agama mengadakan sesi kaunseling bersama mereka berdua,” jelas Abdul Wahid.

Jelasnya lagi, semua urusan tanda tangan dokumen pernikahan sudah selesai dan pasangan itu kini sah sebagai suami isteri di sisi agama Islam.

Pasangan pengantin dari Kecamatan Empang, Sumbawa, Nusa Tenggara Barat ini menjadi tular di media sosial apabila si suami melafazkan cerai ke atas isterinya sejurus selepas majlis akad nikah selesai. 

Difahamkan, keluarga pengantin lelaki tidak bersetuju dengan pernikahan yang berlangsung kerana pengantin perempuan sudah hamil sebelum bergelar isteri.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version