ISU yang bergolak di antara Palestin dan Israel masih hangat diperkatakan. Tidak dinafikan, ramai pihak yang lebih menyokong Palestin dan bersatu bagi menuntut kemerdekaan bagi negara tersebut agar tidak lagi dijajah oleh kekejaman Zionis pihak Israel.
Sehubungan isu itu, terdapat beberapa pihak yang mendakwa bahawa beberapa jenama produk yang menyokong Israel. Ini termasuk produk makanan dan minuman iaitu Starbucks dan McDonald’s.
Melalui satu ciapan yang dikongsi oleh pengguna Twitter @Hannziq meluahkan pendapat bahawa selepas isu Palestin dan Israel ini, semakin ramai pihak yang cuba mengutuk tindakan sesiapa sahaja yang membeli produk Starbucks dan McDonald’s. Menurutnya, tindakan itu hanya bersifat sementara dan tidak wajar dilakukan kerana apabila isu ini reda, ramai yang akan membeli produk tersebut seperti kebiasaan semula.
Ciapan oleh pengguna tersebut mendapat balas dari seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai Farah yang bersetuju dengan ciapan tersebut. Walau bagaimanapun, pendapatnya yang ditulis melalui ciapan itu dikutuk oleh warganet.
“100 sebab itu aku malas nak ambil port Israel vs Palestine ini. Aku tak sokong mana-mana pun. Dua-dua salah”, tulisnya.
Menurutnya lagi, “Palestine kalau nak hidup lama lari jelah ke negara lain. Kau dah tahu Israel tu lagi kuat tapi nak lawan lagi, memang kau kalah la”.
Ciapannya itu mendapat perhatian warga Twitter dan ramai mengatakan bahawa kenyataan yang ditulis itu adalah sesuatu yang sangat ‘bodoh’ dan Farah kelihatan seperti tidak tahu sebarang sejarah mengenai isu Palestin dan Israel.
“Tak akan lah nak lari dari rumah sendiri! Dah itu negara mereka, rumah mereka! mestilah mereka akan pertahankan!”, tulis salah seorang warganet yang ‘bengang’ dengan ciapan yang ditulis oleh @frhamlna.
Walaupun sudah ramai yang menjelas dan menyerang wanita tersebut, dia masih tetap dengan pendirian dan kefahamannya selain tidak peduli dengan kutukan orang ramai terhadap dirinya.