Home Viral Padah langgar lampu merah & bertikam lidah, polis mula jalankan siasatan

Padah langgar lampu merah & bertikam lidah, polis mula jalankan siasatan

POLIS telah menjalankan siasatan berhubung video tular pertengkaran melibatkan individu penghantar makanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat KLCC.

“Polis telah jalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Ujar Mohamad Zainal, kertas siasatan juga akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja polis selesai membuat siasatan.

Dalam pada itu beliau menegaskan agar orang ramai tidak mencetuskan sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/07/222124509_1462648194109538_3477710152239145352_n.mp4
Video aksi bertikam lidah yang tersebar di media sosial.

Menerusi video tular berdurasi 50 saat itu menyaksikan dua individu saling bertikam lidah selain turut diarah berhenti oleh penghantar makanan tersebut.

Setakat ini, polis enggan mengulas lanjut berhubung kejadian tersebut.

Exit mobile version