Home Viral Padah hina askar, lelaki ini tampil dengan muka bengkak semasa buat permohonan...

Padah hina askar, lelaki ini tampil dengan muka bengkak semasa buat permohonan maaf!

KERANA mulut, badan binasa… Seorang lelaki tampil membuat permohonan maaf dengan wajah bengkak dipercayai kesan dipukul.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu didakwa telah membuat kenyataan yang menghina dan mencabar Tentera Nasional Indonesia (TNI).

“Saya sangat menyesal kerana telah memuat naik hantaran tersebut di media sosial.

“Saya mengakui bahawa kesalahan ini menimbulkan keresahan terutamanya bagi pegawai-pegawai TNI di seluruh Indonesia, jadi saya ingin meminta maaf terhadap tindakan yang telah dilakukan.

“Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini dan akan menghormati pegawai TNI,” jelasnya.


Video perkongsian @AgoesAguss itu mendapat lebih 14 ribu kali tontonan serta lebih 200 ulang kicau.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa puas hati atas balasan yang diterima lelaki tersebut.

“Dia hanya minta maaf kerana menyebabkan keresahan pegawai TNI? Dia harus bersyukur kerana hanya mukanya yang bengkak sedangkan seluruh anggota TNI bekerja keras dalam memerangi COVID-19,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Bagus, biar dia rasakan. Moga jadi pengajaran selepas ini,” tulis seorang lagi lagi pengguna Twitter.

Exit mobile version