Home Viral Niat nak berjodoh dengan wanita solehah tetapi bila jumpa rupanya “solihin”

Niat nak berjodoh dengan wanita solehah tetapi bila jumpa rupanya “solihin”

TIDAK dinafikan, dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Lebih mudah untuk kita berhubung dengan orang ramai dan juga dalam masa yang sama, bagi anda yang memerlukan pasangan hidup, sudah terdapat banyak aplikasi mencari jodoh yang sesuai untuk digunakan.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi kisah pengalamannya sewaktu menggunakan aplikasi mencari jodoh secara talian.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Tiktok, lelaki yang dikenali sebagai Gumay itu mendedahkan bahawa dia terpegun dan terpikat dengan seorang ‘wanita’ yang berjaya membuat hatinya tidak keruan.

Namun, Gumay awalnya hairan mengapa setiap kali diajak berjumpa, wanita tersebut sering mengelak dengan memberikan alasan dirinya segan dan mengaku dirinya tidaklah secantik di dalam gambar profil.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/120650313_160408812806713_568000741081992286_n.mp4

Gumay menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang amat manis dan menegaskan pada wanita itu bahawa dia tidak kisah mengenai paras rupa tetapi lebih mementingkan personaliti dan akhlak sehinggalah wanita itu bersetuju untuk berjumpa.

Apabila masa yang dinantikan telah tiba, mereka berjumpa dan saling bertentangan mata secara berhadapan. Alangkah malang dan kecewanya hati Gumay selepas dia mengetahui status sebenar wanita pujaan hatinya itu.

Ternyata, wanita solehah yang didamba untuk dijadikan peneman hidup itu merupakan seorang lelaki pondan. Dalam pada itu, wajahnya juga memang jauh berbeza dari gambar yang digunakan dalam aplikasi mencari jodoh tersebut.

Gumay juga sempat berseloroh dengan menyatakan “ku ingin wanita solehah tetapi apa yang dapat, solihin…”.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/119727712_949487479118563_7686838992336848005_n.mp4

Melalui perkongsian lain, Gumay turut menjelaskan bahawa dia sedih, lebih lagi niat ikhlasnya untuk berkahwin itu terjadi sebaliknya.

Selain itu, dia turut menjelaskan dirinya berasa tertipu dengan helah “mak nyah” tersebut yang menggunakan suara lain ketika mereka sedang berhubung melalui panggilan video sebelum ini.

Perkongsian kisah Gumay ini meraih pelbagai reaksi dari warganet, ada yang terhibur dan ada juga sebaliknya yang merasa sedih di atas nasib menimpa Gumay kerana niatnya ikhlas untuk mendirikan rumah tangga.

Apa pun, mari kita doakan agar Gumay ditemukan dengan jodoh yang baik pada masa akan datang.

Exit mobile version