Home Viral Netizen terperanjat, wanita boleh dating berdua dengan madu sendiri

Netizen terperanjat, wanita boleh dating berdua dengan madu sendiri

SEBUT sahaja perkataan ‘poligami’ pasti ramai isteri seperti ‘cacing kepanasan’ dan ada yang mula tidak keruan mendengarnya. Bahkan, ramai yang berpendapat sanggup hidup bersendirian daripada hidup berkongsi kasih suami dengan wanita lain, lapor portal Oh My Media.

Bagaimanapun, bukan semua wanita beranggapan sebegitu malah segelintir mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu seperti yang dikongsi oleh seorang wanita ini.

Menggunakan akaun bernama @siigitom, wanita tersebut tidak segan berkongsi video mendedahkan kehidupannya sebagai seorang isteri kedua menerusi aplikasi TikTok miliknya.

Dalam satu video yang dikongsi, dia dilihat cukup bahagia apabila dapat meluangkan masa berdua bersama madunya, iaitu isteri pertama. Malah, kedua-duanya kelihatan begitu rapat sehingga disangkakan seperti adik-beradik sewaktu bergambar bersama.

PERKONGSIAN video wanita terbabit yang viral di TikTok.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat perkongsian wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka turut memuji wanita terbabit serta madunya atas keikhlasan berkongsi kasih suami. Memang tidak dinafikan lagi, bukan mudah untuk hidup berkongsi suami ini.

Selain itu, apabila melihat barang kemas yang dipakai oleh kedua-dua wanita berkenaan netizen beranggapan bahawa ternyata suaminya memang berkemampuan untuk berpoligami.

Baguslah begitu, bahagiakan kedua-dua isteri sama rata dan adil. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Amin!

Sumber: Oh My Media

Exit mobile version