Netizen terkejut dah 10 tahun rupanya ‘Dian Sastrowardoyo’ jual bakso

HAMPIR 10 tahun menjual bakso di Sentul, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia, ini kali pertama Nur Fitriani viral apabila wajahnya dikatakan mirip aktres popular negara seberang, Dian Sastrowardoyo, lapor Kosmo!

Memetik laporan asal portal Suara.com, persamaan wajah Nur Fitriani dengan Dian didedahkan oleh seorang vlogger makanan di akaun TikTok, @hendry.jonathan.

Hendry memuat naik rakaman video wanita itu di TikTok ketika dia singgah mencuba hidangan bakso tersohor di Bogor.

“Jangan salah fokus pada penjual bakso, nanti anda boleh jatuh hati,” tulis kapsyen video tersebut.

Kata Hendry, gerai itu sentiasa dipenuhi pelanggan kerana mahu menikmati hidangan bakso yang disediakan wanita itu.

Nur Fitriani turut memberitahu, dia sebenarnya sudah lebih 10 tahun berniaga bakso di gerai itu.

Rata-rata netizen terpesona melihat keayuan wajah Fitriani yang diakui mirip aktres Ada Apa Dengan Cinta itu.

“Saya fikir Dian sudah tukar kerjaya, wajah penjual bakso ini sangat mirip pelakon itu,” tulis seorang pengguna media sosial.

Sumber: Kosmo!