Home Viral Naya Pak Karim! Picit payudara lelaki berambut panjang kerana disangka wanita –...

Naya Pak Karim! Picit payudara lelaki berambut panjang kerana disangka wanita – “Tak pasal-pasal kena ramas…”

HATI-HATI gais. Pencabul ada di mana-mana dan tak kenal siapa tanpa mengira jantina. Seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya yang tidak dijangka ketika berjalan di tempat awam apabila ‘payudaranya’ tiba-tiba diramas oleh lelaki yang tidak dikenali, lapor The Reporter.

Memetik laporan asal portal Tribunnews, dalam insiden yang berlaku di Yogyakarta, Indonesia kelmarin, suspek dipercayai menyangka mangsanya adalah seorang perempuan kerana berambut panjang.

“Baru saja menjadi mangsa cabul di Yogyakarta semasa sedang berjalan di area perumahan. Si goblok. Aku kan lelaki berambut panjang, tak pasal-pasal kena ramas.

“Hati-hati ye golongan wanita kalau pulang di waktu malam. Banyak orang tak betul,” kata @banumelody.

Difahamkan, suspek menunggang motosikal itu datang dari arah belakang dan terus meramas dada kanan @banumelody. Kejadian itu membuatkan mangsa terkejut.

“Si goblok tu, dia kejar dari belakang dan terus meramas dada kanan. Aku terus dia, tetapi dia berjaya melarikan diri. Aku terkejut dan terkedu seketika,” katanya.

Tambahnya, pada ketika itu dia berpakaian sopan dan tidak menunjukkan bentuk badan. Hanya rambut panjangnya sahaja yang mengurai membuatkan suspek menyangka dia perempuan.

Perkongsian lelaki itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Rupa-rupanya ada ramai perempuan yang pernah mengalami situasi seperti itu dan rata-ratanya tidak berani melawan kerana takut.

Sumber: The Reporter, Tribunnews

Exit mobile version