“Nanti korang nak rogol, jangan la rogol bawah 18, rogol atas 18” – Cikgu bergurau isu rogol buat pelajar tak selesa

SELAIN ibu bapa, guru merupakan contoh bagi seorang pelajar kerana mereka adalah pendidik yang mengajar kita untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik.

Baru-baru ini, sebuah video telah dikongsi oleh penerbit Micheal Ang dan juga pelakon Diana Danielle yang menunjukkan seorang pelajar sekolah meluahkan perasaan tentang perilaku seorang guru lelaki di sekolahnya.

Perkongsian Tiktok yang mendapat perhatian Micheal Ang dan Diana Danielle

Dalam video tersebut, difahamkan mereka sedang berbual tentang gangguan seksual, tetapi hal sebaliknya berlaku apabila guru ini mengeluarkan ayat “nanti korang nak rogol, jangan la rogol bawah 18, rogol atas 18”.

Pelajar tersebut juga turut bercerita ketika gurunya berkata seperti itu, pelajar lelaki berseloroh ketawa tetapi tidak bagi pelajar perempuan yang mana semuanya terus berasa tidak selesa.

Sebagai guru, seharusnya mereka perlu memberi contoh yang baik kepada pelajar dan bukannya membuatkan mereka berada dalam keadaan tidak selamat.

Dalam pada waktu yang sama, pelajar itu juga bahawa gurunya berkata, “kalau lelaki kena rogol, mereka tak buat laporan sebab lelaki tu ‘sedap'”.

Perbualan di dalam kelas itu dianggap lebih menakutkan apabila ada yang merasa itu perkara biasa untuk dibincangkan.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen marah dan mereka mahu pelajar tersebut membuat laporan polis dengan segera. Ada juga yang meminta supaya pihak sekolah mengambil tindakan sepatutnya kerana apa yang dilakukan oleh guru tersebut tidak boleh dimaafkan.

Isu gangguan seksual ini bukanlah hal yang perlu dipandang remeh kerana ia akan memberi kesan yang buruk selain membuatkan mangsa berasa tidak selamat. Diharap selepas ini tidak akan ada lagi pihak yang cuba membuat ‘gurauan’ seperti itu.