Muda-muda lagi dah kahwin, netizen terperanjat besar pengantin baru je berusia 15 tahun!

PERKAHWINAN merupakan satu ikatan suci yang sememangnya menjadi satu tanggung jawab andai kita berkemampuan. Walau bagaimanapun, jika jodoh sudah sampai, tiada apa yang dapat ditolak oleh kedua-dua pasangan, lapor portal Oh My Media.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, wanita yang menggunakan nama akaun @hariafiqah1 telah memuat naik video perkahwinan satu pasangan muda.

Menurut wanita itu, anak saudaranya yang juga pengantin perempuan baru sahaja berumur 15 tahun dan pasangannya menginjak usia 17 tahun.

Pasangan tersebut menggunakan busana berwarna biru gelap dan dilihat sepadan ketika berjalan beriringan. Dalam kenyataan sumber juga, majlis perkahwinan ini telah berlangsung Tanah Merah, Kelantan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas. Ada di antara mereka tidak kisah dengan perkahwinan tersebut kerana dilihat dapat mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan ada juga yang berasa kurang senang memandangkan mereka masih lagi di bawah umur.

Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu dan mendoakan agar pasangan tersebut sama-sama bertolak ansur dalam hubungan memandangkan masing-masing masih muda lagi.

Sumber: Oh My Media