Mark Zuckerberg rugi RM29.22 bilion selepas sistem tergendala

MASALAH teknikal melibatkan beberapa aplikasi terkemuka di media sosial mencetuskan persoalan sebahagian besar penggunanya apabila ia dikatakan tergendala untuk beberapa jam semalam.

Kesukaran untuk mengakses masuk itu melibatkan aplikasi Facebook, Instagram, dan Whatsaap yang juga dimiliki syarikat sama menjalankan operasi Facebook.

Namun apa yang lebih mengejutkan, pemiliknya Mark Zuckerberg yang juga pemegang saham terbesar itu dikatakan menanggung kerugian sebanyak 7 bilion dolar Amerika atau bersamaan RM29.22 bilion.

Perkara itu selepas syarikatnya terjejas dari segi penurunan saham sebanyak 5 peratus.

Tidak hanya melibatkan syarikat malah kedudukan Mark Zuckerberg selaku individu yang berada di dalam senarai manusia terkaya juga telah mendatangkan impak buruk kepadanya.

Ia selepas kedudukannya selaku individu terkaya telah jatuh pada kedudukan keenam berikutan insiden masalah teknikal melibatkan syarikatnya yang membabitkan pengguna seluruh dunia.