Malang sungguh, ‘order’ iPhone tapi dapat meja!

LAIN dipesan, lain pila yang tiba! Itu nasib seorang lelaki dari Thailand yang terkejut apabila menerima telefon pintar iPhone bersaiz gergasi setelah memesannya di platform e-dagang.

Sebaik barang yang ditempah tiba, dia menyedari pesanan itu bukan telefon iPhone sebenar, tetapi sebuah meja yang kelihatan seperti iPhone.

Gambar iPhone gergasi yang hampir sama besar dengan dirinya yeang telah di muat naik di laman sosial telah menarik perhatian ramai hingga mengundang tawa netizen.

Menerusi komen di laman sosial, netizen mengesyaki lelaki terbabit tidak melakukan pemeriksaan informasi secara terperinci sebelum membelinya hingga memperoleh barang berbeza.

Netizen juga mencari barangan terbabit di platform e-dagang dan ternyata barang itu wujud dan menyifatkan ia bukan kesilapan peniaga sebaliknya daripada pelanggan.

Bagaimanapun, netizen mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli di platform e-dagang kerana gambar yang dipaparkan boleh mengelirukan pengguna.

Sumber: Sinar Harian