Lelaki kantoi menyamar jadi pengantin perempuan sebab nak rosakkan majlis perkahwinan kekasih

DEMI cinta, sudah pasti sesiapa sahaja sanggup melakukan apa sahaja termasuklah perkara gila. Sama seperti seorang lelaki ini, dia sanggup berpakaian seperti wanita bagi menghadiri majlis perkahwinan kekasih hatinya.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Uttar Pradesh dan menurut laporan yang diterima, kekasihnya sudah bersedia untuk berkahwin dan persiapan perkahwinan sedang berlangsung.

Namun, lelaki berkenaan menyelinap masuk ke majlis tersebut sambil menyembunyikan wajahnya dengan berpakaian seperti pengantin perempuan menggunakan rambut palsu, memakai solek, memiliki beg tangan yang tergantung di bahu dan juga memakai sandal wanita agar kelihatan seperti seorang wanita.

Walau bagaimanapun, bahasa dan gerak tubuhya menimbulkan kecurigaan, sehingga dia ditangkap oleh orang-orang yang berada disekeliling.

Sambil menanggalkan selendang, rambut palsunya terlepas dan semua orang terkejut melihat seorang lelaki berpakaian seperti pengantin perempuan.

Difahamkan, semasa orang tempatan ingin melaporakan hal ini kepada pihak polis, lelaki itu melarikan diri bersama dua rakannya yang sedang menunggu di luar rumah dengan basikal dan sehingga kini aduan masih belum didaftarkan.

Sementelahan, apakah punca disebalik alasan lelaki berkenaan melakukan perkara itu masih belum terungkai.