Lelaki ini tuai hasil menguntungkan lepas berhenti merokok selama beberapa tahun!

BAGI seorang perokok, antara perkara yang paling sukar dilakukan adalah untuk berhenti merokok.

Ramai orang utamanya dikalangan perokok tegar itu sendiri sedar bahawa rokok membahayakan kesihatan dan disebabkan hal itu ramai juga di antara mereka yang berusaha untuk berhenti tetapi sukar.

Terbaru, tular sebuah video di Tiktok yang menunjukkan beberapa ikatan wang yang telah dikumpulkan oleh seorang pengguna media sosial bernama Imam Dermawan hasil dari usahanya berhenti merokok.

Difahamkan duit yang dikumpulkan itu telah dibawa ke sebuah bank untuk disimpan.

Tulisnya di Tiktok, “Merokok dapat membunuhmu. Hasil berhenti merokok selama 25 tahun. Dikumpulkan sebanyak ini. Mari kita tukarkan. Selama 25 tahun boleh kumpul wang rokok sebanyak ini”.

Menjengah di ruangan komen, video yang dikongsikan itu meraih perhatian dan rata-rata warganet turut kagum dengan hasil yang diperoleh oleh pemilik akaun @immdermaone itu dan ada juga diantara mereka yang ingin mengikuti jejak langkahnya.

Walau apa pun, ini memang merupakan salah satu inisiatif yang terbaik! Bagi anda yang teringin berhenti merokok, mungkin boleh mencuba cara seperti ini. Bukan apa, kesihatan pun akan semakin baik dan duit pun boleh disimpan. Setuju tak?