Lelaki ini menyanyi lagu K-Pop sebagai cara unik usir pontianak!

TULAR di media sosial Tiktok mengenai seorang lelaki yang menggunakan cara unik untuk mengusir pontianak.

Lelaki yang dikenali sebagai Gil yang berasal dari Indonesia berkongsi cerita bahawa satu hari dia keluar bersama kawan di sebuah restoran makanan segera.

Kebetulan, kawannya itu mempunyai keistimewaan iaitu mampu melihat makhluk ghaib yang sukar dilihat oleh manusia biasa.

Ketika mereka sedang rancak berbual, kawannya memberitahu bahawa di kedai seberang jalan dihadapan mereka itu ada sesuatu yang menunggu iaitu ‘Cik K’ iaitu kuntilanak atau pontianak.

Namun, selepas mengendahkan hal tersebut beberapa saat kemudian Gil melihat muka kawannya pucat secara tiba-tiba, berhenti makan dan menunduk.

Disebabkan melihat perilaku pelik kawannya, Gil bertanya “mengapa?” dan kawan tersebut menjelaskan bahawa ‘benda’ yang baru sahaja mereka bualkan tadi datang berada tepat di belakang badan pemuda tersebut.

Tidak tahu cara terbaik untuk memberi reaksi yang sepatutnya, pemuda tersebut langsung bertindak menyanyikan lagu istimewa khas untuk pontianak tersebut iaitu lagu Fancy yang dipopularkan oleh Twice sambil menari.

Apa yang menarik, selepas menyanyikan lagu Fancy, hantu tersebut terus menghilangkan diri dan Gil tidak menyangka caranya berkesan.

Wah! Menarik dan boleh dicuba! Mungkin pontianak tersebut bukan peminat Twice tetapi Blackpink? Betul tak?