Lelaki ditetak dan diheret penduduk kampung selepas kantoi rogol kanak-kanak

TULAR satu video di media sosial iaitu Tiktok dan Twitter mengenai seorang bapa tiri yang merogol anaknya di dalam sebuah tong air.

Difahamkan, maklumat mengenai dimana dan bila kejadian itu berlaku masih tidak dapat dipastikan kerana tidak ada liputan media massa lain yang melaporkan tentang hal itu.

Menurut salah satu sumber yang dijelaskan oleh seorang Youtuber tempatan, Kerul Series, dalam video tersebut menunjukkan ada sebuah tong air besar dan apabila si perakam datang mendekati tong berkenaan, ada seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 tahun hingga 7 tahun.

Jelas Kerul, setelah dibuat permerhatian teliti, dalam air tersebut tiba-tiba ada satu darah yang keluar dari bahagian punggung atau kemaluan kanak-kanak tersebut.

Terdapat sumber yang mengatakan, bahawa lelaki tersebut adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut dan perlakuan terkutuk itu dilakukan di kawasan tersorok (tong air). Malangnya, perbuatannya itu didedahkan apabila ada pihak (jiran) yang mendengar tangisan kanak-kanak tersebut sambil merakam situasi berkenaan.

Video yang tular di media sosial

Di hujung video berdurasi 29 saat itu, pula menunjukkan lelaki yang dipercayai bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut telah terkulai tidak sedarkan diri sambil diheret oleh penduduk kampung. Selain itu, badan lelaki tersebut juga telah berdarah dan seperti mempunyai kesan ditetak.

Walau bagaimanapun, maklumat sahih tentang video yang tular tersebut masih tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti ini merupakan kes rogol yang dilakukan oleh seorang lelaki pedofilia.