Home Viral Kisah suami curang tipu isteri naik pesawat Sriwijaya Air rupanya berita hoax!...

Kisah suami curang tipu isteri naik pesawat Sriwijaya Air rupanya berita hoax! “Itulah percaya lagi content TikTok…”

DAH agak dah! Semalam, viral kisah lucu kononnya seorang suami berada dalam dilema apabila menipu isterinya untuk ke Pontianak, Indonesia dengan menaiki pesawat Sriwijaya Air SJ182, walhal dia sebenarnya ke Bali untuk bertemu skandalnya. Betul ke cerita tu?

Kisah suami curang itu kemudiannya mendapat perhatian hangat netizen ekoran pesawat itu terlibat nahas apabila jatuh terhempas di kepulauan Seribu, Sabtu lepas, sehingga menyebabkan ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah kesudahan nasib malang suami itu apabila berdepan isterinya sebaik pulang di rumah.

Eh sabar dulu sebentar ya? Seperti diduga, ia hanya content TikTok. Itulah, siapa suruh percaya, bukan?

Memetik laporan portal berita Padang Kita, seorang lelaki yang diberi nama sebagai bos besar telah mengaku kepada isterinya bahawa dia akan ke Pontianak dari Jakarta untuk tujuan perniagaan.

Dia juga memberitahu isterinya bahawa dia akan menaiki pesawat Sriwijaya Air pada hari Sabtu, 9 Januari yang dijadualkan berlepas pada pukul 2 petang.

Bagaimanapun, temberangnya diketahui apabila berita mengenai jatuhnya pesawat Sriwijaya Air mula dilaporkan oleh media tempatan. Lelaki itu akhirnya mengaku bahawa dia tidak ke Pontianak, tetapi sebenarnya ke Bali untuk menemui wanita simpanannya.

Difahamkan, dia ke Bali untuk bercuti dan menyambut ulang tahun dengan skandalnya itu.

Video kisah itu kemudiannya dimuat naik oleh akaun @Thojenk melalui aplikasi TikTok pada Isnin lepas.

“Sekarang dia bingung mahu kembali ke rumah atau tidak, kerana di rumah [isterinya] sudah menyediakan kerusi dan khemah untuk para tamu yang datang untuk berkabung,” tulis akaun TikTok tersebut.

Tidak sampai sehari, video itu sudah ditonton lebih dari 2.2 juta kali. Video tersebut juga sudah mendapatkan 100 lebih like dan juga ribuan komen netizen.

Selepas video itu viral, @Thojenk akhirnya mengaku ia hanya sebuah content yang dibuatnya di akaun TikTok untuk dijadikan pengajaran menerusi video seterusnya selepas itu.

Hal itu disampaikannya dalam video selanjutnya yang mengatakan bahawa ini cuma iktibar buat mana-mana lelaki yang curang terhadap pasangan.

“Yaa jadi buat kalian semua, ini buat pelajaran aja yaah, jadi buat kalian kalo mau selingkuh mending jujur aja gausah bohong.

“Kalo ke Bali ya ke Bali kalo ke tempat lain ya ke tempat lain gausah pura-pura bohong,” jelasnya.

Amacam netizen? Seronok kena tipu hidup-hidup? Itulah siapa suruh percaya lagi content TikTok. –TheNewsMalaysia

Sumber: Padang Kita

Exit mobile version