Home Viral Kisah pilu ratu sehari, pagi diijab kabul tapi malam sudah dijemput Ilahi...

Kisah pilu ratu sehari, pagi diijab kabul tapi malam sudah dijemput Ilahi – “Kelmarin engkau masih ada di sini…”

BELUM genap 24 jam mengharungi hari pertama berumah tangga, pasangan pengantin ini terpaksa berpisah buat selama-lamanya kerana pengantin perempuan meninggal dunia pada waktu malam selepas selesai bernikah pada pagi hari kejadian, lapor The Reporter.

Kisah sedih itu dikongsikan pengguna Facebook bernama Cantonaa Erick. Pemergian pengantin perempuan itu membuatkan ahli keluarga kedua-dua pihak bersedih dengan insiden yang tidak dijangkakan itu.

“Tepat hari ini hari bahagia kamu, tepat hari ini kamu menikah, tepat hari ini juga isterimu dipanggil Nya. Semoga arwah ditempatkan di syurgaNya Allah. Amin,” tulis Cantonaa.

“Mohon doakan dia sahabat, abang sepupu saya yang menikah pagi tadi. Di sebelah malam, isterinya dipanggil oleh Allah yang Maha Esa. Mohon sedekahkan doa sahabat, terima kasih,” tambahnya lagi.

Turut dikongsikan gambar-gambar majlis pernikahan pasangan berkenaan yang merakam gambar bersama beberapa tetamu majlis resepsi pernikahan. Pengantin perempuan kelihatan begitu menawan dengan busananya berwarna merah.

Difahamkan, pengantin perempuan berkenaan meninggal dunia selepas waktu maghrib dipercayai akibat keletihan melampau. Kisah arwah turut viral di media sosial, ramai netizen yang bersimpati dan berharap ahli keluarganya terutamanya si suami, tabah dengan dugaan itu.

“Allah masih memberi kesempatan untuk arwah mendirikan rumah tangga, walaupun hanya cuma untuk beberapa jam. Semoga Husnul Khotimah, aamiin,” kata netizen.

Sumber: The Reporter

Exit mobile version