Khairul Aming terharu, video pertama ’30 Hari 30 Resepi’ dapat sambutan terbaik sepanjang 4 tahun!

BARU sahaja berkongsi resepi pertama ’30 Hari 30 Resepi’ di media sosialnya semalam.

Selebriti media sosial, Khairul Amin atau lebih mudah disapa @khairulaming berkongsi kegembiraannya mengenai jumlah tontonan video pertama ’30 Hari 30 Resepi’ tahun ini.

Sumber: Twitter @khairulaming

Khairul Aming berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menonton videonya kerana dalam masa 8 jam sahaja video tersebut sudah mendapat 2 juta tontonan di Tiktok, 1.8 juta tontonan di Instagram, 1 juta tontonan di Facebook dan 500 ribu tontonan di Twitter.

Ramai di antara pengikutnya juga turut mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming dan dia sememangnya layak kerana semangat dan kegigihan yang sentiasa A+ dalam melakukan sesuatu.

Apa pun, ucapan tahniah untuk Khairul Aming dan semoga lebih banyak lagi konten memasak yang terbaik dapat dikongsi kepada orang ramai!

Sumber: Instagram @khairulaming