Kecoh video amukan ‘akak pos’, rupanya warga Bangladesh nak dapatkan pasport!

SERAMAI 130 warga Bangladesh menyerbu Pejabat Pos Jalan Stesen, Klang bertujuan bagi mengambil pasport menjadi punca amukan seorang wanita yang juga pekerja Pos Malaysia.

Situasi itu menyaksikan kekecohan kesemua warga asing berkenaan yang hadir tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pihaknya menerima aduan pada jam 8.30 pagi ketika hari kejadian.

Ujar Shamsul, keadaan itu berikutan  kedutaan negara tersebut telah melantik Pos Malaysia Klang sebagai ejen bagi mendapatkan pasport.

“Pihak polis dari pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan pergi ke lokasi kejadian dan keadaan berjaya dikawal.

Pasukan berkenaan ditugaskan membantu mengawal di premis berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan hadir ke lokasi untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal.

Baru-baru ini, tular menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa memaparkan sekumpulan warga Bangladesh yang berkumpul di hadapan premis berkenaan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Video berdurasi 24 saat tersebut turut memaparkan seorang pekerja di pejabat pos terbabit yang meninggikan suara kepada kumpulan warga asing yang enggan mendengar arahan.