Home Viral Kecoh pontianak sertai majlis pengebumian, ketua kampung dakwa hanya “daun”

Kecoh pontianak sertai majlis pengebumian, ketua kampung dakwa hanya “daun”

PENDUDUK di sekitar Kuningan, Jawa Baratgempar apabila tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan kelibat seakan pontianak yang dikatakan “hadir” ke majlis pengebumian mangsa Covid-19.

Rakaman kelibat putih di atas pokok menghadap liang lahad tersebar menerusi aplikasi Whatsapp dan laman sosial dalam kalangan penduduk setempat, lapor Kosmo.

Menurut penduduk sekitar, kelibat tersebut kelihatan seperti wanita berbaju putih di atas pokok sedang bertenggek menyaksikan sesi solat jenazah yang berlangsung malam semalam.

Namun begitu, Ketua Kampung Cilimus yang dikenali sebagai H. Mulyadin menafikan kemunculan makhluk halus itu dan menganggapnya hanya daun biasa.

“Acara pengebumian berjalan lancar, tiada unsur mistik yang terjadi.

“Saya anggap kelibat putih itu daun sahaja, jangan terlalu cepat percaya. Kita masih ada Allah dan agama,” jelasnya.

Sepanjang dua minggu lalu, seramai 14 penduduk Kampung Cilimus meninggal dunia ketika menjalani kuarantin kendiri di rumah berikutan tiada ruang isolasi kosong di hospital. 

Sumber: Kosmo

Exit mobile version