Home Viral Kecoh para guru gantung sepanduk usir ‘pengetua mental’, akhirnya ada pelajar tampil...

Kecoh para guru gantung sepanduk usir ‘pengetua mental’, akhirnya ada pelajar tampil dedah situasi sebenar

UMUM mengetahui bahawa kerjaya sebagai seorang guru sememangnya perlu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi disebabkan tekanan kerja yang mungkin mampu menggugat emosi.

Suasana kerja dalam tekanan mampu membuat seseorang itu melakukan tindakan yang tidak terjangka.

Seperti yang tular di laman sosial sejak semalam iaitu satu perkongsian cicipan daripada @Mxstaqim1 yang memuat naik satu gambar sepanduk berbaur hasutan para guru di sebuah sekolah di Seri Petaling.

Tweet yang tular.

Berdasarkan sepanduk berkenaan, rata-rata guru di sekolah berkenaan menggesa pihak berwajib untuk memindahkan pengetua tersebut untuk bertugas di sekolah lain demi mengembalikan kejayaan dan kecemerlangan SMK Bandar Baru Seri Petaling.

“Kami guru-guru SMK BB Seri Petaling memohon pihak KEM/JPWKL/PPD Pudu-Bangsar memindahkan segera Pn. Norwaja bt. Nordin (pengetua mental) dari sekolah ini.

“Demi mengembalikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah,” tulis sepanduk itu.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respons pengguna laman sosial dan ada yang menganggap ia sebagai tindakan tidak matang.

Ada juga mencadangkan pihak terbabit agar membuat aduan bertulis secara terus kepada pihak berwajib.

Antara respons pengguna Twitter.

“Boleh sahaja buat surat dan aduan, tak perlu sampai nak letak banner macam tu.

“Cikgu kan? Tolong jadi matang,” tulis pengguna laman Twitter.

Lebih menarik, seorang individu dengan tweethandle @_ilyace, mengakui dia belajar di sekolah terbabit dan menjelaskan kebanyakan guru di sekolahnya menghadapi tekanan kerana kerja yang berlebihan.

Dia juga mendedahkan ada guru yang mengalami anxienty serta depression akibat perkara itu.

Pendedahan salah seorang pelajar sekolah terbabit.

“Saya merupakan KP sekolah tu, apa yang saya boleh katakan ialah visi dan misi pengetua kami terlalu tinggi hingga guru-guru lain mengalami tekanan.

“Dia nak ubah sekolah kami jadi lebih baik kerana prestasi sekolah ini biasa-biasa sahaja sehinggakan guru lain pula terbeban.

“Malah ada juga guru yang mengalami anxienty dan depression akibat beban kerja berlebihan,” tulisnya.

Diharapkan agar perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik oleh kedua-dua belah pihak. 

Betul kata orang sabar itu ada hadnyanamun setiap masalah pasti ada cara untuk diselesaikan.

Sumber: vocket

Exit mobile version