Kapal Angkasa Bawa Abu Mayat, DNA John F Kennedy (JFK) Terhempas

 

Sebuah kapal angkasa yang berlepas ke bulan membawa abu mayat lebih 70 individu serta sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy (JFK) dilaprkan terhempas di Lautan Pasifik.

Kapal angkasa Peregrine Mission One (PM1) yang dilancarkan pada 8 Januari lalu mengalami kebocoran bahan api. Kapal tersebut terpaksa berpatah balik dan memasuki atmosfera bumi.

Kebocoran tersebut berjaya distabilkan pasukan jurutera secara kawalan jauh dari pusat pelancaran. Namun, kebocoran yang dialami menghalang pendaratan selamat dilakukan di permukaan bulan.

Syarikat Astrobotic yang membina kapal tersebut berkata, kemasukan semula ke Bumi menjadi keutamaan pihaknya. Kapal angkasa Peregrine jatuh di lokasi terpencil di perairan Pasifik Selatan sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) atau jam 5 pagi semalam (waktu Malaysia).

Peregrine bergerak pada kelajuan 27,358 kilometer sejam ketika masuk ke atmosfera bumi sebelum terbakar dan hancur.

Sebarang sisa serpihan akan berakhir di Lautan Pasifik daripada terapung menjadi sampah angkasa dan menjadi punca kemalangan kapal angkasa lain, Peregrine sebaliknya dilupuskan dengan selamat.

Sumber : Kosmo