Jenazah kaku ditepi jalan” Sekali lagi pemandu mabuk akibatkan kemalangan maut

8891

Bukan perkara baharu untuk pemabuk dijalan raya kini mengakibatkan kemalangan. Malah kalau diikutkan sudah ramai mangsa yang cedera dan ada yang meninggal dek kerana sikap penting diri ini.

Terbaharu melalui Facebook Fauzi Azizi Tular kemalangan yang membabitkan pacuan empat roda yang melanggar beberapa buah motosikal di Mardi, Jalan Kebun, Klang pagi ini.

Jalan Kebun.sorang meninggal dua cedera..cina mabuk langgar 3bijik moto sekali…al fatihah..buat rakan di luar…

Posted by Fauzi Aziz on Wednesday, January 22, 2020

Difahamkan pemandu berbangsa cina itu dalam keadaan mabuk ketika kemalangan itu berlaku.

Menurut mangsa pemandu itu melulu melanggar bahagian belakang motor mereka sehingga menyebabkan motor dinaiki mangsa turut remuk.

Lebih menyedihkan dalam kemalangan itu salah seorang mangsa turut meninggal di kawasan kejadian.

Melalui video yang turut tular di Facebook/Youtube juga kelihatan seorang lelaki turut menahan pemandu pacuan empat roda itu selain orang awam di tempat kejadian turut meminta pemandu pacuan empat roda itu menjelaskan mengapa dia memandu dalam keadaan bahaya di kawasan tersebut.

Baca juga:   [Video] Filem Pendek SMK Panchor Menang Anugerah Di Jepun. Hebat!