Isteri terkedu bila ‘skandal’ suami datang jumpa depan-depan minta izin bermadu, siapa sangka rupa-rupanya…

SIAPA yang tak sukakan kejutan, lebih-lebih lagi jika daripada orang yang tersayang. Namun, kejutan bukan saja dilakukan dengan cara yang romantis, ada juga yang suka melakukan prank kejutan kepada pasangan, lapor portal Gulapop.com.

Seperti yang berlaku pada isteri ini apabila didatangi oleh seorang perempuan yang meminta izin untuk berkenalan dengan suami wanita tersebut. Dalam video TikTok berkenaan, perempuan itu malah mengatakan suami wanita tersebut turut mengajaknya untuk berkahwin.

Si isteri dilihat terkejut apabila diberitahu perkara berkenaan dan cuba mengawal perasaannya. Namun, dia dilihat tenang dan memberi izin jika suaminya mahu berkahwin lagi jika mampu.

Bagaimanapun, adegan tegang berkenaan tiba-tiba bertukar sebaliknya apabila si isteri mula menangis sebaik sahaja diberikan kejutan hadiah ulang tahun daripada suaminya yang kini sedang bertugas jauh di Sabah.

Perkongsian di aplikasi TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan si isteri seorang tenang dan tabah meskipun mendapat berita mengejutkan itu.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan lelaki mengatakan tidak berani untuk melakukan prank sedemikian kerana bimbang perkara buruk yang akan terjadi nanti.

Kata netizen lagi terutama dalam kalangan perempuan pula, jika mereka berdepan situasi tersebut bukan mudah untuk mereka tenang seperti wanita itu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan prank yang dilakukan si suami agak keterlaluan apabila melibatkan poligami.

Anda pula bagaimana? Suka dengan prank sebegini? Bukan apa, bukan semua perkara boleh dibuat gurauan tau. Risau pula melayang lesung batu di dapur nanti.

Sumber: Gulapop.com