Home Viral Pelik tapi benar! Tak boleh cakap “tak nak!”, ini punca mengapa isteri...

Pelik tapi benar! Tak boleh cakap “tak nak!”, ini punca mengapa isteri susukan suami di benua Afrika

BEKAS Menteri Kesihatan Uganda, Sarah Opendi menyuarakan kritikan terhadap satu tabiat aneh kaum lelaki di negara tersebut kepada Parlimen, lapor portal Teh Tarik Gelas Besar.

Memetik laporan asal beberapa portal antara bangsa termasuk The Guardian, Sarah berkata, beliau dan kementerian yang diwakilinya ketika itu telah menerima banyak laporan yang menyatakan bayi kurang mendapat susu sehingga kehilangan zat yang mereka sepatutnya peroleh.

Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah punca mereka tidak mendapat susu cukup daripada ibu sehingga mereka kelaparan adalah kerana ia telah habis ditelan oleh si bapa.

Sebagai alternatif, ramai juga telah memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka pada usia lebih awal kerana ketiadaan susu ibu.

Pendedahan Sarah itu juga telah menyaksikan sekumpulan penyelidik dari Universiti Kyambogo di Kampala mula menjalankan penyelidikan berkenaan tabiat aneh tersebut bersama para penyelidik dari University of Kent, United Kingdom.

SUAMI di rumah disusukan, kasihan si anak dibiar kelaparan. – Gambar kredit: Health Europa

Menerusi satu laporan yang diterbitkan pada awal tahun ini, kajian itu mendapati bahawa rata-rata individu yang mahu disusukan isteri mereka adalah sebagai lambang kesetiaan dan simbol kasih sayang wanita tersebut.

Untuk isteri pula, mereka sanggup melakukan perkara tersebut serta tidak boleh menolak permintaan aneh suami kerana takut atau bimbang suami mereka akan curang. Atas sebab itu, mereka lebih selesa untuk mendiamkan diri sehingga mengabaikan hak anak sendiri.

Ada juga yang bimbang dikasari suami jadi mereka membiarkan sahaja tabiat pelik tersebut walaupun sedar akan kesan buruknya kepada anak-anak.

Dalam pada itu, ada juga individu yang percaya bahawa susu ibu sekiranya diambil secara kerap boleh menyembuhkan penyakit seperti AIDS dan kanser. Ramai lelaki yang mengamalkan tabiat ini membuat pengakuan bahawa mereka rasa lebih tenang selepas disusukan.

Selain Uganda, ia turut berlaku dekat Tanzania dan Kenya. Lelaki Tanzania percaya bahawa amalan menyusu seperti bayi ini mampu membantu mereka pulih selepas mabuk.

Terdapat juga kepercayaan yang diamalkan majoriti keluarga di daerah Kakamega, Kenya yang telah menetapkan satu payudara khas untuk penyusuan suami.

Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa anak itu akan meninggal dunia serta akan membawa nasib malang kepada ibu bapanya sekiranya disusukan dengan payudara khas untuk bapa. Oleh itu, anak-anak tidak dibenarkan untuk disusukan dengannya.

Pelik bukan? Jangan tak percaya. Ia memang benar-benar berlaku di sana.

Sumber: Teh Tarik Gelas Besar

Exit mobile version