“Ingatkan ubat titis mata, rupanya gam kuku” – Wanita ini hampir hilang penglihatan!

SEORANG wanita berasal dari Michigan, Amerika Syarikat bernasib baik masih dapat melihat selepas tersilap meletakkan gam kuku yang disangka sebagai ubat titis mata!

Wanita yang dikenali sebagai Yacedrah Williams itu sedar mengenai kejadian tersebut selepas matanya tidak boleh dibuka apabila secara tidak sengaja menggunakan gam kuat yang digunakan untuk memperbaiki kuku yang patah.

Menerusi laporan People, dia menyangka ia adalah ubat penitis mata yang sering digunakan untuk mengekalkan kelembapan kanta lekap.

“Saya terkejut dan sedar bahawa itu bukanlah penitis mata semasa sedang menitikkannya pada mata”, katanya.

Tambahnya, “tiba-tiba, ia sudah jatuh pada mata saya dengan segera saya cuba hapuskan semula tetapi mata saya tidak boleh dibuka”.

Jelasnya, ketika itu dirinya panik dan menjerit memanggil suami untuk mendapatkan bantuan.

Selepas dikejarkan ke hospital, doktor yang merawat Yacedrah akhirnya berjaya membuka matanya dan mengeluarkan kanta lekap yang diselaputi gam kuku.

Walaupun kehilangan beberapa bulu mata, penglihatannya masih dapat diselamatkan dan pihak hospital juga mengatakan jika Yacedrah tidak menggunakan kanta lekap pada waktu itu. Kemungkin besar penglihatannya akan terjejas.

Kejadian mengerikan itu telah membuat Yacedrah sedar dan katanya dia tidak akan menggunakan gam kuku lagi selepas ini.

Sumber: People