Ingatkan negara diserang ‘Godzilla’, rupanya pak imam berdengkur dan lupa tutup mikrofon

SEORANG imam di Bahrain tular di Tiktok selepas tertidur lena tanpa menutup suis mikrofon di bajunya terlebih dahulu.

Perkongsian dari Tiktok yang dimuat naik oleh pengguna Twitter itu mendapat reaksi lucu pelbagai warganet.

Difahamkan pada awalnya, ada beberapa orang tempatan yang terkejut dan tertanya apakah bunyi yang pelik dan menakutkan itu. Ada diantara mereka yang mengingatkan bunyi itu sebagai tanda amaran atau sebaliknya.

Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna media sosial

Walau bagaimanapun, ternyata bunyi pelik itu adalah dengkuran yang datang dari imam yang lupa menutup suis mikrofon selepas mengerjakan solat.

Ramai menganggap itu merupakan salah satu kekhilafan imam yang mencuit hati tetapi comel dalam masa yang sama.