“Hot Daddy” asal Thailand ini buatkan ramai orang cemburu!

SEORANG lelaki berusia lingkungan 50-an tular di media sosial dan digelar sebagai “hot daddy” kerana memiliki tubuh badan berotot seperti model dan muka yang awet muda seperti pemuda 20-an.

Penampilannya itu mendapat perhatian selepas anak gadisnya memuat naik video bersama bapanya di akaun Tiktok dengan nama pengguna @meturr.

Dalam video, gadis itu berkongsi beberapa video kehidupannya bersama bapanya yang kini berusia 56 tahun. Perut berotot dengan ‘six pack’ juga membuatkan ramai orang yang terpana melihat bapa @meturr.

Gadis itu juga turut berkongsi beberapa video yang menunjukkan bapanya tampil tanpa pakaian. Selain itu, dia juga pernah membandingkan bapanya dengan karakter Tony Stark dan Lewandowski. Jadi, memang tidak hairan jika bapanya mampu tampil gagah dan ‘macho’ lagi diusia itu kerana sering menjaga kesihatan dan selalu bersenam seperti jogging dan mengangkat berat.

Pasangan ayah-anak ini difahamkan berasal dari Thailand dan gadis ini sudah pun berusia 20 tahun. Dikhabarkan kedua ibu dan bapanya telah bercerai dan kini dia tinggal bersama bapanya. Keakraban ayah dan anak ini juga membuatkan ramai warganet cemburu dan ada juga yang memberikan komen tidak sepatutnya kepada mereka.