Gadis makan ais dalam freezer pasar raya dianggap pengotor oleh netizen – “Perempuan cantik tak semestinya bijak…”

PELIK, sungguh pelik. Itulah apa yang difikirkan bila terlihat video yang dikongsikan di laman TikTok ini apabila seorang wanita tanpa was-was telah dirakam makan kepalan ais yang terdapat di pasar raya, lapor portal Gulapop.

Apa yang membimbangkan sebenarnya adalah tahap kebersihan di pasar raya tersebut lebih-lebih lagi apa yang dilakukan wanita dalam video berkenaan mampu membahayakan kesihatannya.

Mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan mereka ini kelihatan cool tapi kesihatan adalah lebih penting apatah lagi ketika kita sedang dilanda Covid-19 ini.

Apa pun, diharapkan wanita berkenaan selamatlah hendaknya. Nak kata lebih pun, masa muda kita dulu ada juga buat benda tak fikir dua kali.

Tatkala meninjau ruangan komen, majoriti netizen dilihat mengecam tindakan gadis berkenaan dan menyifatkan tindakannya sebagai kurang bijak dan pengotor.

Sumber: Gulapop