Excited gila test drive Mercedes-AMG E43, last-last terbabas… “Sedap, bodoh!”

SEDAP bodoh! Last-last terbabas. Keterujaan seorang lelaki ketika pandu uji kereta mewah bertukar malang apabila terlibat dalam kemalangan kelmarin, lapor Kosmo!

Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman Facebook seorang pengguna dikenali sebagai Yazeed Hair Johari kelmarin menunjukkan satu klip video serta beberapa gambar kemalangan membabitkan seorang pemandu dan penumpang yang menaiki kenderaan mewah Mercedes-AMG E43.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa sesi pandu uji di satu lokasi yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Melalui rakaman tersebut, kelihatan pemandu berkenaan begitu teruja menguji kepantasan kenderaan mewah terbabit sebelum tiba-tiba hilang kawalan dipercayai ketika melalui selekoh dan merempuh sebatang paip air.

Tinjauan Kosmo! di hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi termasuk mengecam tindakan pemandu berkenaan.

Seorang pengguna dikenali sebagai Hasnul menyifatkan tindakan pemandu itu tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah keselamatan pengguna jalan yang lain.

“Pandu uji apa macam ni, sepatutnya guna ‘track’ yang selamat. Mujur tak terlanggar kenderaan lain,” katanya.

Sehingga kini, hantaran tersebut mendapat 1,500 komen dan lebih 3,000 perkongsian.

Sumber: Kosmo!