Sekarang ini ramai yang suka order tauhu bergedil kan. Memang sedap betul lebih-lebih lagi kalau cicah dengan sambal kicap. Makan sekotak pun tak terasa, tengok-tengok dah habis.
Namun, korang kena berhati-hati sebab ada sebuah kilang tauhu di Kuala Lumpur telah diserbu oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL disebabkan kilang tersebut yang terlampau kotor, lapor Harian Metr0
Yang paling menggelikan, dinding dan lantai kilang tempat proses tauhu berdaki hitam, berkulat dan kotor. Macam mana lah dorang boleh tahan kerja dalam keadaan macam tu?
Kalau korang rasa yang tu dah kotor, rupanya pekerja kilang tu juga tak pakai penutip kepala dan kasut ketika bekerja. Bayangkan kalau ada benda-benda yang tak elok boleh masuk dalam makanan kita? Sakit perut lah jawabnya.
Bukan itu saja, Pihak Berkuasa juga jumpa lipas manakala tandas dorang juga berbau.
Selain itu, lantai dan dinding tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang itu kotor dan hitam, manakala tandasnya pula berbau serta berdaki.
Jadi kilang tersebut perlu ditutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983
Menurut Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur, kilang tersebut akan diarahkan untuk tutup dan lesen akan dibatalkan jika selepas ini masih ada lagi masalah yang sama walaupun selepas tempoh pembersihan.
Pengendali pula tidak memakai kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan, selain kilang itu didapati tiada melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual.
Saya menggesa semua pihak yang terbabit dalam pembuatan makanan supaya menjaga kebersihan dan mutu produk.
“DBKL akan memerangi habis-habisan pengeluar yang kotor seperti ini,” katanya.
So, korang kena check betul-betul dulu kebersihan makanan tu. Tak pasal-pasal nanti sakit perut.