Dulu guru, sekarang isteriku…

GURUKU, kini isteriku… Itu situasi seorang lelaki yang mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan dia telah mengahwini gurunya sendiri.

Manakala jarak usia mereka ialah 15 tahun!

Melalui perkongsian di laman TikTok @adedaneva_8819, lelaki tersebut menjelaskan dia merupakan bekas pelajar isterinya pada tahun 2019 ketika menuntut di sekolah menengah.

Dia turut berkongsikan beberapa gambar yang dirakam bersama isterinya pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.

Perkongsian yang tular di laman TikTok.


Gambar-gambar tersebut turut memaparkan isterinya yang ketika itu memakai seragam guru. 

Turut disertakan gambar terbaharu yang memaparkan mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin.

Video tersebut mendapat hampir 650 ribu kali tontonan setakat ini.